Majlis Penyerahan Tag Pelajar Elit SMK Seri Berang telah diadakan pada 14 Julai 2013 (Ahad) di Dewan Gemilang, SMK Seri Berang. Majlis ini dipengerusikan oleh Encik Mohd Fadli bin Rani, guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Seri Berang. Tag disampaikan oleh Tuan Pengetua, Encik Ramli bin Pik kepada 20 orang pelajar terbaik PMR dan SPM serta kepada 10 orang pelajar terbaik STPM Modular.
Pada 6 hingga 8 Mac 2014 telah berlangsung Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas MKJR/SHELL/JPNT Peringkat Negeri Terengganu 2014 di Litar Lalulintas, Taman Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu. SMK Seri Berang terpilih mewakili daerah Hulu Terengganu bagi kategori sekolah menengah dan diuruskan oleh En Shah Nuri bin Abdullah. Seramai 17 orang pelajar telah terpilih untuk membawa cabaran Hulu Terengganu. Pertandingan lalu lintas ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial yang dianjurkan Shell Malaysia bersama-sama agensi-agensi kerajaan pusat dan negeri. Pertandingan ini merupakan satu platform kepada golongan muda untuk belajar dan menimba pengalaman serta peraturan yang perlu dipatuhi ketika di jalan raya bagi mengelak kejadian tidak diingini di jalan raya. Program pendidikan aspek keselamatan jalan raya yang ditekankan terhadap golongan pelajar dari peringkat awal ini menyumbang kepada pengurangan kadar kemalangan dari semasa ke semasa. Pertandingan ini terbahagi kepada
Comments