Skip to main content

Program Temu murni Ibubapa Pelajar PMR & SPM

              Satu program telah dijalankan pada 26 September 2013 (Khamis) bagi merealisasikan kerjasama antara warga pendidik dengan ibu bapa para pelajar SMK Seri Berang berterusan menjelang peperiksaan PMR dan SPM 2013 yang bakal tiba tidak lama lagi.Oleh hal yang sedemikian,SMK Seri Berang telah mengambil kesempatan dan inisiatif dengan mengadakan Program Temu Murni Pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5  bertempat di Dewan Gemilang SMK Seri Berang pada pukul 11 pagi sejurus Program Solat Hajat Perdana selesai.

  Objektif program adalah untuk mengeratkan hubungan warga pendidik dengan ibu bapa dan para pelajar selain bersama-sama berkongsi pendapat dengan ibu bapa untuk meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak mereka.Para pelajar ditemani ibu bapa mereka berbincang dan berkongsi idea tentang permasalahan anak-anak mereka dalam bidang akademik bersama-sama guru kelas masing-masing untuk sama-sama mengatasinya.Program Temu Murni berjalan dengan baik dan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada Ibu bapa.






Comments

Popular posts from this blog

LADAP GURU: PELAN PEMBANGUNAN PROFSIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH KPM

TARIKH:   31   Disember 2015 MASA: 8.00 pagi– 2.00 petang TEMPAT :  Dewan Gemilang SMKSB

A WELCOMING CEREMONY OF THE FIRST ETA (ENGLISH TEACHING ASISSTANT)

TARIKH:   27 Januari 2015 MASA:  8.00 pagi TEMPAT : Dewan Gemilang SMKSB NAMA: Mr. John Brendan Horgan

Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu 2014

 Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu telah diadakan pada 23 April 2014 bertempat  di SMK Bukit Diman, Hulu Terengganu. SMK Seri Berang yang diwakili oleh tujuh  peserta dari tingkatan 2 hingga tingkatan telah berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Kumpulan pelajar ini telah dibimbing oleh Cik Hanisah bt. Talaha  dan Pn. Wan Fatimah bt Wan Sembok.