Skip to main content

Perkhemahan Perdana Pasukan Badan Beruniform 2013

Perkhemahan merupakan aktiviti utama kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan dapat dipupuk secara hand’s-on. Aktiviti ini juga mendedahkan para peserta kepada cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri.
              Justeru, Jawatankuasa Kokurikulum sekolah mengadakan Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform SMK Seri Berang untuk para pelajar pada 4,5 dan 6  Julai 2013, Khamis hingga Sabtu, bertempat di Pusat Pendidikan Biodiversiti Bukit Marak, Jertih, Terengganu. Program ini diadakan dengan tujuan untuk mewujudkan generasi cemerlang yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

Perkhemahan Kokurikulum ini bermula pada hari Khamis, 4 Julai 2013. Pelajar mendaftar dan bertolak ke Kem dengan menaiki bas. Aktiviti bermula dengan Taklimat Perkhemahan oleh Kem Komandan, En Ahmad Khaidir bin Ab Wahab. Pelajar seterusnya memasang khemah dan makan tengahari. Taklimat juga diberikan oleh Jurulatih Pusat Pendidikan Biodiversiti. Di sebelah malam pula, ceramah mengenai konservasi biodiversity diberikan oleh wakil jurulatih.
  
Aktiviti yang telah dilakukan pada sebelah pagi ialah Kembara Alam Semulajadi. Sementara sebelah petang diadakan aktiviti Pandu Arah dan Kembara Si Buta. Malamnya diadakan pertandingan persembahan. Hari terakhir kem diteruskan dengan aktiviti senaman iaitu selepas solat subuh dan kuliah subuh. Seterusnya pelajar membuka khemah dan membersihkan kawasan perkhemahan.
  


Akhir sekali diadakan majlis penutup dan penyampaian hadiah dan cenderamata. Majlis dimulai dengan ucapan oleh Pn Zaitul Hazlin bt Mat Jusoh, Ketua Pusat Pendidikan Biodiversiti. Beliau mengucapkan syabas kepada peserta perkhemahan kerana telah berjaya menamatkan program ini dengan jayanya. Beliau juga mengulas mengenai aktiviti yang telah  dijalankan. Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada pengetua dan guru-guru kerana  kerjasama yang diberikan. Beliau mengucapkan terima kasih kepda guru-guru, jurulatih, pelajar tingkatan enam dan semua peserta perkhemahan kerana telah menjayakan perkhemahan ini. Beliau juga menyentuh mengenai kebaikan aktiviti yang dijalankan seperti kepentingan hutan kepada manusia. Acara berikutnya adalah penyampaian hadiah dan cenderamata. Majlis selesai jam 12.00 tengahari.


Comments

Popular posts from this blog

LADAP GURU: PELAN PEMBANGUNAN PROFSIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH KPM

TARIKH:   31   Disember 2015 MASA: 8.00 pagi– 2.00 petang TEMPAT :  Dewan Gemilang SMKSB

A WELCOMING CEREMONY OF THE FIRST ETA (ENGLISH TEACHING ASISSTANT)

TARIKH:   27 Januari 2015 MASA:  8.00 pagi TEMPAT : Dewan Gemilang SMKSB NAMA: Mr. John Brendan Horgan

Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu 2014

 Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu telah diadakan pada 23 April 2014 bertempat  di SMK Bukit Diman, Hulu Terengganu. SMK Seri Berang yang diwakili oleh tujuh  peserta dari tingkatan 2 hingga tingkatan telah berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Kumpulan pelajar ini telah dibimbing oleh Cik Hanisah bt. Talaha  dan Pn. Wan Fatimah bt Wan Sembok.